FORUM PEMUDA PECINTA RASULULLAH

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pecinta Sunnah, Ahlussunah Wal Jama'ah


    Apakah Wahabi Salafy itu?

    Abidin
    Abidin


    Jumlah posting : 12
    Join date : 11.06.11

    Apakah Wahabi Salafy itu? Empty Apakah Wahabi Salafy itu?

    Post by Abidin Mon 14 Nov 2011, 12:39

    Jadi berbalik kepada perbincangan kita tentang Wahhabi,apa itu Wahhabi?
    Adakah seseorang dilabel sebagai wahabi karena mereka:

    1)Tidak qunut subuh?
    2)Tidak melakukan tahlil arwah?
    3)Tidak menyambut maulid?
    4)Tidak melakukan amalan talqin?
    5)Menolak sunnah thoriqah?
    6)Tinggal dan belajar di saudi?
    7)Menolak kewajipan bermazhab ?

    Itu sebenarnya cuma ‘ikhtilaf kecil’ antara ahli sunnah wal jama’ah dan Wahhabi,Maka aku katakan,seorang itu dipanggil WAHABI kerana :

    1) Mentasybih dan Menjisimkan Allah Taala dengan makhluk-Nya. Seperti kata setengah golongan wahhabi : Allah duduk bersemayam di atas arasy di langit, ataupun yang mengatakan Allah duduk di atas arasy tapi kononnya tidak sama macam makhluk.
    Puak-puak ni mengatakan : Kalau Allah tidak berhajat kepada tempat, ini menafikan kewujudan Allah!

    Aku katakan : Subhanaka haza buhtanun ‘azhim! Sebagaimana diitsbatkan kewujudan Allah Taala sebelum dijadikan mana-mana tempat,begitu juga setelah Allah Taala menjadikan tempat. Allah itu wujud tanpa bertempat, dulu kini dan selama-lamanya. Ini tidak menafikan kewujudanNya. Tuan-tuan, gologan wahhabi ini mereka tidak menerima sekali-kali Allah ini wujud jika tiada bertempat.Cuba kalian berfikir,langit itu makhluk(ciptaan),Allah itu khaliq(pencipta),jika Allah(khaliq)tinggal di langit(makhluk) maka isyqal yang dapat insan waras keluarkan ialah:

    -Allah perlukan makhluk(langit).
    -Langit lebih besar dari Allah(contohnya jika kita lebih besar dari rumah,macam mana kita nak tinggal di rumah?).
    -Jika Allah tinggal di langit,sebelum Allah ciptakan langit,Allah dimana?
    -perbuatan ‘duduk’ itu adalah perbuatan makhluk,adakah fe’el allah sama dengan fe’el makhluk?kenapa orang Wahhabi tak namakan anak mereka sebagai ‘Abdul Jalis’(Hamba kepada yang duduk)?

    Dan banyak lagi kalian fikirkan sendiri,kalau tak post ni akan menjadi terlalu panjang,tidak ada yang berminat nak baca nanti.

    2) Mengkafir umat Islam secara keseluruhannya.
    Wahabi ini menuduh umat Islam Salaf dan Khalaf yang bertawassul dengan para nabi atau sahabat ,tabiin dan wali –wali Allah yang soleh ADALAH KAFIR.
    Dengan ini mereka mendustakan HADITS SOHIH yang diriwayat para ulamak muhaddithin seperti :

    1) Imam Al-Hafidz Thobroni dalam “Mu’jam Kabir”dan “Mu’jam soghir” dan mensohihkan hadis tawassul tersebut.

    2) Imam Syeikhul Islam As-Subky di dalam kitab “Syifa-us-Saqam”.

    3) Imam Al-Hafiz Abu Bakar Al-Baihaqi di dalam kitabnya “Dala-il An-Nubuwwah” dan kitab Syu’ab al-Iman.

    4) Amir Mukminin dalam bidang hadis, Al-Hafidz Ibn Hajar Al-Asqolani. Beliau menyebut cerita tentang lelaki yang datang kepada kubur Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wassallam lalu bertawassul dengannya. Ibn Hajar Mensohihkan sanad hadis ini di dalam kitab Fathul Bary jilid 2 m/s 495.

    5) Imam Al-Hafidz Al-Dimyathi.

    6) Imam Al-Hafidz Abu Al-Hasan Al-Maqdisy.

    7) Syeikh Huffaz Al-Hafiz ‘Iraqy.

    Cool Imam Al-Hafidz Al-Darulqutny.

    9) Imam Al-Hafidz Nawawi.

    10)Imam Al-Hafidz Imam Al-Nasai’.

    11) Imam Al-Hafidz Al-Lughawi Murtadha Az-Zabidi Al-Hasani.

    12) Ibn Sunni di dalam ” ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah”.

    13) Amir Mukminin dalam bidang hadis, Imam Al-Bukhari dalam “adab al-mufrad”.

    14) Imam Al-Hafidz Tirmizi.

    15) Al-Hakim Abu Abdillah di dalam kitabnya ” Mustadrak”. Beliau menyebut hadits
    bertawassulnya Nabi Adam dengan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wassallam serta mensohihkan hadits tersebut.

    16) Imam Al-Hafidz Jalaluddin As-Suyuty dalam kitabnya “Khaso-is Al-Qubra”. Beliau menyebut tentang hadits tawassulnya Nabi Adam.

    17) Imam Al-Hafidz Abu Al-Farraj Ibn Jauzy di dalam karyanya “Al-wafa’ “.

    18) Imam Al-Hafidz Al-qadhi ‘iyadh dalam kitabnya ” As-Syifa’ Fit Taa’rif Bi Huquqil Mushthofa Sollallahu ‘Alaihi Wassallam”. Beliau menyebut keharusannya pada bab Ziarah dan juga pada bab kelebihan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wassallam.

    19) Imam As-syeikh Nuruddin Al-Qory yang terkenal dengan gelaran Mulla ‘Ali Qory di dalam syarahnya terhadap kitab Syifa’.

    20) Imam Al-Hafidz Al-Qoshtholany di dalam kitabnya “Al-Mawahibul Ladunniyyah” pada bahagian awal kitabnya.

    21) Al-Allamah As-Syeikh Muhammad ‘Abdul Baqiy Al-Zarqany dalam syarahnya pada kitab Al-Mawahib (jilid 1 m/s 44).

    23) Imam Syeikhul Islam Abu Zakaria Yahya An-Nawawi di dalam Kitabnya ” Al-i-dhoh” pada bab yang ke 6 m/s 497)

    24) Al-Allamah As-Syeikh Ibn Hajar Al-Haitamy dalam “Hasyiah ‘Ala Al-i-dhoh”, m/s 499. beliau membincangkan keharusan bertawassul secara khusus di dalam bab yang di namakan ” Al-Jauhar Al-Munazzhom”.

    25) Imam Al-Mufassir Abu ‘Abdullah al-Qurthuby di dalam tafsirnya pada Jilid yang ke 5 m/s 265.
    Antara sahabat yang bertawassul dan meriwayat hadis- hadis ini :

    1) Abdullah Ibn ‘Umar
    2) Uthman Bin Hunaif
    3) Bilal bin Harits

    Adapun pandangan Al-Albaani yang mengatakan hadis ini dhoif tidaklah boleh diterima kerana dia tidak pernah sampai ke martabat Al-Hafiz atau Muhaddits maupun Musnid,dan dia tidak mempunyai sanad hadis walaupun cuma 10 hadis,jauhnya seperti langit dan bumi.

    Bahkan bila kita teliti pandangan wahhabi yang mengatakan tawassul ini syirik, mereka sebenarnya mendustakan dan MENGKAFIRKAN penghulu kita Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wassallam yang mengajar doa tawassul ini :
    اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكُ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ ، يَا مُحَمَّدُ إِنِّي أَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّي ، فَتَقْضِي لِي حَاجَتِي

    Adakah nabi Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wassallam mengajar kepada kita suatu doa yang membawa kepada syirik??

    Aku katakan : Subhanaka haza Buhtanun ‘Adzim!!

    HADIS TAWASSUL

    Sesungguhnya At-Thabrani dan al-Baihaqi telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang mengadukan halnya kepada Sayyidina Utsman bin Affan dizaman pemerintahannya, tetapi Saiyyidina Utsman tidak berpaling kepadanya dan tidak memandang kepada hajat yang diperlukannya [kerana kesibukan]. Lelaki itupun berlalu dan mengadu pula kepada Utsman bin bin Hunaif tentang hal itu. Mendengar hal itu, Utsman bin Hunaif pun berkata kepadanya: Kalau begitu pergilah kamu ke tempat berwudhu dan berwudhulah, kemudian datangilah masjid dan bersholatlah. Lepas itu berdoalah:

    اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكُ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ ، يَا مُحَمَّدُ إِنِّي أَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّي ، فَتَقْضِي لِي حَاجَتِي

    Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu dan aku menghadap kepadaMu melalui nabiMu yang penuh kasih sayang, Wahai Muhammad, sesungguhnya aku menghadap [hajatku] dengan [perantaraan]mu kepada Tuhanku agar diperkenankan bagiku hajatku. Dan engkau sebutlah hajatmu. Lelaki itupun berlalu dari situ dan melakukan suruhan tersebut.Kemudian dia datang ke pintu rumah Sayyidina Utsman . Tiba-tiba datang seorang penjaga pintu lalu menarik tangannya masuk kedalam dan didudukkan bersama-sama Saidina Utsman . Sayyidina Utsman berkata: Sebutlah hajatmu itu. Lalu lelaki itupun menyebut dan akhirnya Sayyidina Utsman pun menunaikan hajatnya. Sayyidina Utsman bertanya lagi: Kalau kamu mempunyai hajat lagi, sebutlah.Selepas itu lelaki itupun keluar lalu menemui Utsman bin Hunaif dan berkata kepadanya: Moga-moga Allah membalas jasamu dengan kebaikan. Tidaklah ia memandang kepada hajatku sehingga engkau mengajarkan kepadaku. Ibn Hunaif lantas menjawab: Demi Allah, tidaklah aku mengajarmu, tetapi sebenarnya aku telah menyaksikan bahwa Rasulullah ketika didatangi oleh seorang buta mengadu akan hilangnya penglihatannya ………. (hingga akhir hadits .. Maka ini adalah tawassul dan seruan selepas wafat Rasulullah.

    Syeikhul Takfir
    Siapakah syeikhul takfir ini sebenarnya ? Kenapakah disembunyi identitinya?..
    Untuk menjawab soalan ini,mari kita lihat bukti yang didedahkan oleh ulamak-Ulamak bahawa Muhammad Bin Abdul Wahhab inilah sebenarnya Syeikhul Fattan dan Syeikh Takfir.

    -Mengkafirkan ulama najd, lihat Al-Durar m/s 10,15.
    -Mengkafirkan ulama mazhab hanbali dan selainnya yang sezaman dengannya,lihat Al-Durar m/s 10,13.
    -Muhammad Bin Abdul Wahhab kafirkan orang perseorangan. Antaranya dia mengkafirkan Ahmad Ibn Abd Karim (seorang alim mazhab hanbali),lihat Al-Durar m/s 10,64.
    -Mengkafirkan orang badawi. Lihat Al-Durar (113,114) (118,117,119) beliau mengatakan bahawa mereka lebih kafir dari Yahudi Dan Nasoro.
    -Mengkafirkan penduduk makkah. Lihat Al-Durar 10/86 dan 9/291. Dia mendakwa kedua tanah haram Makkah Dan Madinah adalah negara kufur. Lihat Al-Durar 10/7.
    -Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan ibn Arabi sebagaimana dalam kenyataannya di dalam kitab Al-Durar 10/25 : “Dia (Ibn ‘Arabi) lebih kufur dari firaun sesiapa yang tidak mengkafirkannya , maka dia adalah seorang yang kafir. Bahkan, kafir juga orang yang merasa ragu dengan kekufurannya.”
    -Mengkafirkan Imam Al-Razi pengarang kitab tafsir yang masyhur, tafsir al-kabir.Lihat Al-Durar 10/72, 273. Dia telah mendakwa Imam Al-Razi telah menulis sebuah risalah membenarkan umat Islam menyembah bintang-bintang, rujuk Al-Durar 10/355, dakwaan sebegini dia sandarkan kepada Ibn Taymiyah Al-Harrani al-Mujassim di dalam kitab “Iqtidho’ As-Sirot Al-Mustaqim”. Tetapi apabila ulamak merujuk dakwaan kenyatan ini ,ianya tidak terdapat sebagaimana yang disebut oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab.
    -Mengkafirkan kebanyakan penduduk Syam dengan mendakwa mereka menyembah Ibn Arabi lihat Al-Durar 2/45.
    -Dia mengatakan ilmu fiqh yang diistinbatkan oleh imam mazhab adalah usaha yang kufur,lihat Al-Durar 2/59.
    -Mengkafirkan ulama kalam (ulamak usuluddin). Dia berkata ’ulama’ telah ijmak mengkafirkan ulamak kalam. lihat Al-Durar 1/35.
    -Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan semua guru-gurunya, di dalam kitab risalah untuk penduduk riyadh, tarikh najd tulisan Husain Bin Ghannam m/s 137-138, Muhammad Bin Abdul Wahhab berkata di dalam risalah tersebut ” tidak ada dari seorang pun dari kalangan guru-guruku yang mengetahui makna La ilaha illa Allah”.

    Golongan wahabi

    1. Mengkafikan Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu al-Asyai’rah dan Al-Maturidiyah. Soleh bin Fauzan (wahhabi) berkata: ” Pengikut Al-Asyai’rah dan Al-Maturidiyah tidak layak digelar sebagai ahli sunnah wal jamaaah”. Rujuk kitab Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam, m/s 32, Terbitan Riasah Ammah Lil Ifta’ di Riyadh (Najd). Juga cucu Muhammad Bin Abdul Wahhab, Abd Rahman tidak ketinggalan mengikuti jejak takfir datuknya di dalam kitabnya Fathul Majid m/s 353, Terbitan Maktabah Darul Salam Riyadh.

    2) Mengkafirkan mereka yang menyebut selawat syifa’ ,IbnBazz (wahhabi) berkata : ” lafaz selawat ini adalah syirik“. Rujuk kitab “Kaifa Ihtadaitu Ila Al-Tauhid” , Karangan Muhd Jamil Zainu, m/s 83,89, Cetakan Darul Fatah.

    3)Mengkafirkan saiyyidah Hawwa.

    4) Mengkafirkan ulama-ulama sufi yang benar lagi soleh dan mengisytiharkan perang terhadap mereka seperti di dalam kitab ” Majmu’ Al-mufid Min ‘Akidah Tauhid” ,m/s 102, Cetakan Maktabah Darul Fikr Riyadh. Nash kata-kata mereka ialah : ”perangilah golongan sufi sebelum kamu memerangi YAHUDI, sesungguhnya sufi itu adalah ruh Yahudi”.

    5) Mengkafirkan ulama yang mentafsirkan istiwa(yang mereka terjemahkan sebagai bersemayam) dengan makna istaula di dalam kitab mereka “Halaqaat Mamnu’ah “, Tulisan Husam Al-Aqod ,Cetakan Darus Sahabah ,Tonto.

    6) Mengkafirkan Umat Islam yang menyambut maulidurrasul dan yang mengamal amalan ini sejak 900 tahun yang lalu. Ibn Baaz berkata: ” Perayaan maulidurrasul adalah menyerupai orang yahudi “. rujuk kitabnya ” Tahzir minal Bida’ah”, m/s 5, Cetakan Riyadh Saudi.

    7) mengkafirkan ulama yang bertawasul dengan para wali dan solihin,berkata abu bakar al jazair, di dalam kitab aqidatul mukmin m/s 144’ tawasul dengan kemuliaan mereka adalah syirik dan boleh mengeluarksan mereka dari islam dan berkekalan dalam neraka.’

    8)Wahabi mengkafirkan Ibn Hajar Al-Asqolany dan Imam Nawawi dalam kitab mereka ” liqa’ babil maftuh“.

    9) Wahabi mengkafirkan umat Islam yang beristighasah dengan para anbiya’. Ibn Bazz berkata: ” istighasah dengan nabi –nabi adalah syirik”. Rujuk kitabnya ” ‘akidah Sohihah Wa Ma Yudhodiduha”, m/s 22, Cetakan Darul Watan Riyadh.

    10) Wahabi mengkafirkan mereka yang mengucapakan “good morning” and “good night”, dan mengatakan ucapan ini salah kerana mengikut jejak yahudi di dalam kitab mereka “Akhtho’ Sya’i’ah”, Karangan Muhd Zainu, m/s 67.

    11) Mengkafirkan sebahagian penduduk Islam di Hijaz dan Yaman , berkata Ibn Bazz: ” telah tersebar dikalangan penduduk di sana (Hijaz dan Yaman) mereka yang menyembah selain dari Allah menyembah pokok, batu-batu dan kubur.”

    12) Mengkafirkan sebahagian penduduk Syam, dan mendakwa penduduk syam menyembah Ibn ‘Arabi. Rujuk ta’liq Ibn Bazz pada kitaq “Fathu Majid”, m/s 217, Cetakan Darul Aulaanah.

    13) Mengkafirkan sebahagian penduduk Islam di Mesir.Wahhabi mengatakan bahawa penduduk Islam Mesir mengagungkan Tuhan iaitu wali Ahmad Badawi. Rujuk taaliq Ibn Baz pada kitab “Fathul Majid” m/s 206, Cerakan Aula Nahi.

    Islam vs Liberal
    Berkata Mohd Asri Bin Zainul ‘Abidin,di dalam Majalah I m/s 33: ” sekarang dunia moden, banyak pengetahuan boleh di cari hanya beberapa klik di hadapan internet. Jika kita tidak larat fikir , jangan halang orang lain mencari maklumat dan berfikir. Tunjukkan imej keistimewaan islam itu dengan mengizinkaN kepelbagaian pemikiran hidup dalam iklim yang harmoni selagi tiada penipuan dan pengkhianatan.”
    Sekira maklumat yang Dr Asri sebarkan itu jelas penipuan dan pengkhianatan…adakah Dr asri nak mengatakan ianya ilmiyah dan berfakta…??

    Pengasas Wahhabi
    Post ni dah terlampau panjang,nanti tak ada yang mahu baca,jadi aku akan ceritakan sejarah pengasas wahhabi ni di post yang lain.

    Disini aku cuma ceritakan secara ringkas mengenai pengasas Wahhabi.Wahhabi ni merujuk kepada seorang alim dari tanah najd(riyadh,saudi arabiyya) yang bernama Muhammad bin Abdul Wahhab.Ulama menisbatkan kepada Wahhab sebab tak mahu ia digelar sebagai ajaran Muhammadiyyah kerana orang ramai akan salah paham bahawa ia adalah ajaran Nabi Muhammad.Ia dinisbatkan kepada nama individu sebab ajaran ini adalah ajaran baru yang belum pernah didengari sebelum ini kecuali bab akidah,Syeikh M.A.W(Muhammad Abdul Wahhab) ini telah mengikuti akidah mujassimah(menjisimkan Allah) yang dicipta oleh seorang ulama mahsyur yang dikenali sebagai Syeikhul Islam iaitu Ibnu Taymiyyah,guru kepada ibnu Qayyim Jauziyyah.

    Sejarah hitam Muhammad Bin Abdul Wahhab kelihatan amat terang dan nyata sekali di dalam masyarakat Islam. Bila disebut kalimah wahhabi, umat Islam setempat akan membayangkan suatu kumpulan yang baru datang memporak- perandakan masyarakat dan memecahbelahkan Umat Islam. Dan ini memang benar-benar berlaku dan nyata bila dirujuk sejarah golongan wahhabiyah ini.
    Gerakan ini telah berkerjasama dengan tentera kafir(British)dalam perang dunia pertama untuk menjatuhkan empayar turki usmaniah dan merampas Mekah Madinah(sebagai hadiah dari British) dari penjaga asalnya dari kaum bani Quraisyh yang berketurunan nabi.

    Keturunan nabi dan arab bani quraish dibunuh,dipancung,dirogol dan dihalau dari bumi Mekkah dan Madinah oleh puak Wahabi yang meminta pertolongan ketenteraan dari bani sa’ud yang juga telah diwahhabikan dan British.

    Hasilnya,keturunan M.A.W telah dijadikan ketua agama Mekah Madinah hingga sekarang,bani Sa’ud pendokong fahaman Wahabi diberi takhta di seluruh jazirah arab hijjaz yang kemudiaannya ditukar menjadi sebuah negara bernama ‘Saudi Arabiyya’ dan bagi British,empayar Turki Usmaniah yang berdiri teguh beratus-ratus tahun hancur luluh dan membuatkan mereka bersorak.

    Arab Saudi yang mesra musuh islam
    Tak lama kemudian,masjid Al-Aqsa pula dirampas oleh British dari penjaganya yang berketurunan nabi dan diberi kepada yahudi yang menjadikan ia sebagai negara Israel.

    Maka itulah tanda kiamat apabila ketiga-tiga masjid paling suci dalam islam telah dirampas dari penjaga asalnya iaitu keluarga Rasulullah.Hingga kini Arab Saudi menjadi kawan baik Amerika dan eropah sebagai tanda terima kasih memberikan Mekah Madinah kepada mereka(bani sa’ud)dari jagaan empayar Turki Usmaniah.(Kalian boleh berfikir sendiri betapa buruknya golongan Wahabi ini.)

    Fitnah Wahhabi ini telah diberi amaran oleh Nabi saw didalam hadis baginda dan golongan Wahhabi tidak sanggup menerima hakikat bahawa Muhammad Abdul Wahhab sebagai tokoh Al-Fattan dan Qarn Syaithan (tanduk Syaithan) seperti yang tersebut dalam hadis-hadis an-Nabawiyyah,dan ramai ulamak muktabar menolak Muhammad Bin Abdul Wahhab ini baik sezaman dan selepasnya.
    Hadith dari Sahih Bukhari tersebut adalah seperti berikut (terjemahannya):
    Ibn ‘Umar meriwayatkan bahwa Nabi s.a.w. berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (akan berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan(Muhammad bin Abdul Wahhab lahir di Najd begitu juga nabi palsu yang timbul selepas kewafatan Nabi iaitu Musailamah Al-kazzab juga dari Najd yang kini dinamakan Riyadh,Arab Saudi)”.

    Dalam banyak hadith lain, Najd itu disebut sebagai terletak di sebelah timur Madinah.Nabi pernah menunjukkan jari ke arah timur dan berkata,fitnah akan datang dari timur!sebanyak 3x, Dan sememangnya jika dilihat kedudukan koordinat geografi, Najd/Riyadh terletak pada 2443N 04644E, manakala Madinah terletak pada 2433N 03942E. Kedudukan Riyadh/Najd hampir pada garis darjah latitude yang sama (beza 10 minit sahaja – bukan ukuran waktu tetapi ukuran latitude) dengan Madinah betul-betul sebelah timur.

    Helah yang digunapakai bagi mereka yang gerun dengan hadith ini ialah mereka mengatakan bahawa Iraq(tempat lahirnya fitnah Syiah) sememangnya di sebelah timur. Tetapi yang sebenarnya, latitude yang paling rendah bagi Iraq ialah sekitar 3040N (kota Basrah). Baghdad pula 3340N.
    Dengan kedudukan latitude sedemikian, Iraq terletak di antara 0 – 40 darjah ke utara Madinah,bukan timur. Kalau nak dikatakan timur, ianya sepatut disekitar 90 +/- 20 darjah dari
    Medinah.
    Moga Allah selamatkan kita dari fitnah Wahhabi!

      Waktu sekarang Thu 21 Nov 2024, 20:43